PMR CANDIDATES 2013 !!!
Assalamualaikum buat Follower saya yang dikasihi sekalian .hehehe , jangan marah nanti cepat tua .Ok , now saya rasa saya dah lama tak update blog kan .Hmm , ashik edit jer :P .Sebelum blog saya jadi busyuk2 sebab ashik tak update je , baik saya cerita kat anda - anda semua yang sudi membaca status saya kt Belog ni ok .
Saya ada 1 cerita yang nak diceritakan kepada Follower saya yang baik hati lagi comel-comel , cantik - cantik2 dan yang tergolongan dengannya .Hanya tengok tajuk di atas pun sudah tahu kan , yang saya ni akan menduduki Peperiksaan terpenting dan terbesar bagi saya .Lagi - lagi , saya ni bakal menduduki PMR buat kali yang terakhir pada tahun 2013 .Untung lah adik - adik yang lahir pada 1999 ke atas hanya ada PBS sahaja kan .Tapi apa yang saya dengar , PBS lagi susah daripada PMR .Ye ke , ish3 , boleh pulak jadi macam tu kan .Tapi tak per , insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk membalas jasa kedua ibu bapa saya .Wish Me Luck ok :).
PMR tahun 2013 ni kan tahun akhir , so cikgu kata soalan PMR senang .Ye ke , boleh percaya ke ni .Tapi tak per , kita tengok nanti eh .Hahaha , boleh pulak kan tengok - tengok ni .Itu belum SPM yang akan menentukan masa depan kita kelak .Amboi , PMR belum jawab lagi dah berangan - berangan nak ambik Peperiksaan SPM pulak .Pmr pun dah menakutkan , inikan pulak SPM lagi la .Tahun 2013 ni saya berazam saya nak belajar bersungguh - sungguh dan ingin mencari penyelesaian untuk masalah saya yang satu ni .
Nak tahu ke apa masalah itu .Tak payah lah .Malu nanti .Hahaha , ok2 saya bagitahu .Hampir 2 tahun ni saya masih belum mencari penyelesaian untuk masalah saya ni .Masalah saya itu sebernanya simple jer , bukan masalah besar pun .Masalah saya adalah Subjek Mathematics cuba untuk memusuhi saya .Hmm , itu yang pening tu .Kelakar kan .Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk beramah mesra tetapi dia macam nak bermusuh dengan saya .Itu yang pening tu .Subjek Math memang saya suka tetapi ia macam tak suka saya .Pening - pening .Sebab dah panjang sangat saya tulis , Saya nak mengucapkan selamat menjawab kepada PMR CANDIDATES 2013 macam saya jugak ye :D
Good Luck To PMR CANDIDATES 2013 like me :D
MATH IS MY FRIEND BUT ....
THE END...APABILA REMAJA KIDAL MENAIP :)
No comments:
Post a Comment